Tuesday 3 January 2012

SOLAT


Solat senang saja disebut. perkataan yg senang diungkapkan. pergerakan yg senang untuk dilakukan. tapi saya nak tanya ada ke org sekarang yg dpt menghayati solat itu? solat lima minit je. sehari lima kali umat islam solat. tapi antara kelima-lima waktu berapa waktu kita dapat khusyuk dalam solat? saya belajar solat sejak kecil. dulu masa saya hampir-hampir beralih dari Iqra kepada Al Quran, Ustaz Rosli ckp saya diturunkan pangkat maksudnya kena turun Iqra balik.. siapa lahh yang tak kecewa kannn!!! tapi sekarang saya sedar tajwid saya tak betul. hukum tajwid yg salah blh mempengaruhi maksud ayat. jadi memang patutlah saya diturunkan pangkat :) berbalik kepada soal solat. sejak belakangan ini, saya rasa hidup saya gelap sangat, dan bila saya berdoa tiba-tiba teringat balik. Rupa-rupanya saya ada berjanji, saya berjanji supaya akan mendekatkan diri dgn Allah lepas SPM sbb masa agak lapang.. tapi saya lupa janji saya... orang yang memungkiri janji salah satu ciri2 munafik.. hmmm astaghfirullahalazim! jadi saya nak  kotakan janji saya :D jadi saya pun ikutlah mak saya ke kelas agama... walaupun sikit saya dapat better than nothing kann??Kebetulan ustaz mengajar tafsir.. dia mengajar tafsir doa iftitah… dia ckp selalunya masa solat kita selalu lalai… ingt benda dkt luar solat.. mmg betullah apa ustaz ckp. Walaupun dah bertahun aku mendirikan solat, erti khusyuk masih belum pernah sebati dalam solatku kalau ada pun jarang2 saja. Pernah tak dgr kisah saidina umar. Setiap para sahabat telah berada khusyuk walaupun hanya berada dlm saf dan belum memulakan solat. Saidina umar akan cek saf setiap jemaah dgn pedang, lalu ada seorang musuh Islam telah membunuh saidina umar. Para jemaah tidak sedar pun pembunuhan saidina umar sehinggalah saidina umar berteriak kesakitan! Hmm begitulah khusyuknya para sahabat pada zaman dahulu. Tapi kita zaman sekarang?  Sendiri fikirlah kann… mengejar nikmat solat telah lama menjadi sasaran aku. Setiap daie yang aku tny cara2 nya pasti menjwab kenal pasti lahh maksud ayat yang dibaca dlm solat. Aku tertanya2 mcm mana nak khusyuk aku tak pandai Arab pun.. sehinggalah pada akhir tahun 2009 seorang pakar bahasa arab telah mengajarku maksud surah al fatihah. Masyaallah bila aku baca dlm solat sambil mengetahui maksudnya SUBHANALLAH! Sejuknya hati baca surah tersebut. tapi bila akhirnya surah tu haishhh mulalah melayang-layang fikiran. Betul mmg lahh kita kena faham setiap ayat yg dibaca. *pastikan ada guru yg menterjemahkan setiap maksud dengan betul semasa menterjemah ayat Al Quran. Jadi untuk khusyuk dlm solat kita mestilah faham isi kandungan ayat yang dibaca dlm solat dan untuk memahami ayat Quran mestilah ada usaha. Jadi marilah kita meningkatkan mutu ibadah kita sbb solat itu tiang agama dan solat itu dapat mencegah kemungkaran :D pernah sekali saya melihat siaran langsung solat terawih di Masjidil Haram dlm 10 malam terakhir Ramadhan ramai orang Arab yang menangis semasa ayat Quran dibaca. Alangkah baiknya kalau kita pun dapat menghayati sama2 bacaan Imam tersebut kan!!
 

1 comment: