Sunday 18 November 2012

Auratku bukan tatapanmu wahai ajnabi


Situasi 1
wanita yg katanya menutup aurat sedangkan berpakaian tapi telanjang :( pakai lengan pendek, cutting org tgk perghh!!! terliur bhaai! tudungnya labuh tapi atas dada hahah acano tu? :O eh jap2! nampak jambul sikit lah terkeluar.. eh jap nape dia pakai tudung tp jarang :3 ehh woots2!!! tgk kaki dia comel je!  wowowowowo! pakai skinny!! 

Situasi 2
Subhanallah cantiknya dia! tudungnya labuh! stongan stokin pun pakai! bajunya longgar! sejuk mata memandang sejuk lagi perut ibu mengandung! Satu hari, si polan ni nak kluar rmh buang sampah! Kebetulan jirannya merupakan pak ustz sdg balik naik motor! ngeeng ngeeng! kelihatan dari pandangan pak ustz... seorang wanita yg menyarungkan cardigan dlm erti kata lain ketat lah~ stokin stongan semua dah hilang~ keesokan harinya pulak~ kedengaran jeritan ROTIIIIII! masa bhai roti tu lalu~ kelihatan seorang wanita berkemban kluar nak beli roti *facepalm* mana pergi wanita yg bertudung labuh tu? hmmmm 

Situasi 3
Seorang perempuan yg mmg ternyata menjaga auratnya! tidak kisahlah dgn siapa pun dia bersama... dan tak kisahlah di mana jua dia berada.. sbb tujuan dia menutup aurat lillah (: sbb perintah Allah dia menutup aurat dan bila melakukan sesuatu kerja lillah kerana Allah Taala pasti apa yg terdetik hanyalah aku dengar dan aku patuh.. bukannya mempersoalkan kenapa Allah meletakkan garis panduan sebegini semua.. 





Add caption
Sebenarnya menutup aurat tu WAJIB hihihi tu semua pun tau.. tapi pelik org slalu ckp pakai tudung ni panas.. mana tak peliknya yg tak pakai tudung tu kalau panas kipas guna tgn.. yg pakai tudung ktorg kipas guna tudung HAHAHAAH mestilah ktorang lagi sejuk.. bila hujan usually kt jalan like a boss je HIHIHIH sbb bila dah bertudung hijab itu sendiri yg melindungi kt :D pakai tudung dgn menutup aurat sgt beza rasanya! Menutup aurat rasanya Allah je yang tahu.. Its a gift seriously.. try once... mmg nmpk mcm ustzh sikit laah tp who care what people say! Allah knows us better! mula2 paksa diri utk try pakai drpd terpaksa tu lah awk dpt rasa perbezaannya :D

sebenarnya diri dlm dilema~ HAHAHA mana tak nya.. berhijab tapi bila dgn saudara mara tudung ke mana rambut ke mana :( jadi smlm le coussy dtg *a guy of coz* sebenarnya dah lama timbul isu ni.. mcm mana nak cover dgn diorg.. hati berbelah bahagi~ ye lah~ dari kecik pun mmg kalau dgn diorg kt tak pakai tudung... jadi mesti awkward aik! alih2 je.. knp lak? lagi2 kalau balik jb.. mcm mana nak pakai tudung? kalau tmpt tido pun sepupu lalu lalang nak guna bilik air.. hmmmmm... hati suruh pakai tudung mcm biasa dkt luar tapiiii hati yg sebelah lagi ckp ehh! nnt diorg ckp awk tebiat acano? pusing kepala fikir mana tak nya dah lama jugak pendamkan benda ni... tapi last2 smlm nekad let come the high water or wateva laah~ biarlah org nak ckp apa~ pakai tudung skali dgn jubah (Y) hahahahaha.. knp jubah? sbb jubah ni tak yah gosok! sarung je.. kalau pakai cardigan kurang selesa sbb ketat ibarat berpakaian tp telanjang.. memang mula diperli tp makan je laah~ biar je buat lek je hihihihi.. janji Allah tahu apa yg tersirat dlm hati :D tp lagi satu bab salam ni! aiseh! dari dulu mmg dididik salam dgn org yg lagi tua termasuk sepupu *facepalm lagi* hahahah.. May Allah make it easier for me! really hoping that everyone would understand what im going through~ it my aurat! im responsible to take care of it! aurat tetap sama walau dgn siapa pun kt bersama.. maksudnya kalau dgn sepupu sepapat pun auratnya tetap sama takkan terkurang sikit pun... bukan nak berlagak alim tapi mmg perintah Allah yg suruh buat mcm tu.. Do pray for me! its not easy! :D

Saturday 17 November 2012

Palestin darah syahid terus mengalir~

Hatiku berdegup kencang! lub dub lub dub! nadiku semakin laju.. semakin rapat diriku dgn boarder Israel.. Ya Allah semoga perjalananku berjalan lancar getus hati kecilku.. Melihat pengawal2 Israel memegang senapang seperti permainan bagi mereka membuat hatiku bertambah lebih gelisah.. Sesudah melepasi Imigresen hatiku hanya mampu mengucapkan rasa bersyukur kerana tiada komplikasi.. Dlm perjalanan ke Makan Ibrahim, tour guide itu mampu menyemarakkan semangat kami untuk sentiasa dtg mengunjungi tanah yg penuh keberkatan itu..Yang menambah lagi semangatnya apabila dia menggunakan ayat Quran apabila berkata2.. Katanya kedatangan saudara Islam sebenarnya membuatkan mereka rasa mereka masih mendapat tempat di hati saudara2 Islam lain di seluruh dunia.. Selesai melawat Makam Nabi Ibrahim, kami meneruskan perjalanan melewati bandar Jericho.. Getus hati kecilku... sebenarnya bumi ini ibarat tiada peperangan.. Ketenangan yang pertama kali dpt kurasakan.. Tapi knp semua kedai yang Tour Guide tu bawak ibarat ada udang di sebalik batu? knp holy land? bukankah satu-satunya Holy Land ialah Makkah al Mukarramah? knp baju yang dijual tertulis I <3 Israel? knp handicraft terdpt tanda salib? knp terdpt tanda salib di atas kubah masjid? Namun aku hanya berdiam diri.. Kenapa pulak ustz kamal ibarat kurang berpuas hati dgn tour guide tu? hmmmm.. ikut schedule kami sepatutnya melawat Masjidil Aqsa hari yg sama tp tour guide tu terus membawa kami ke hotel katanya cuaca tidak menentu.. Hari kedua pula beria-ria tour guide tu nak membawa kami ke Bethlehem tempat Nabi Isa dilahirkan.. Tp Alhamdulillah ketegasan Ustz Kamal mengingatkan kami objektif ke bumi anbiya itu ialah melawat Masjidil Aqsa. Pelik pulak.. Knp sirah yg dia ceritakan tu salah? Semasa kami di sana, tour guide itu telah meninggalkan kami.. Tertny2 pulak knp dia tidak turut serta solat Zohor di sana? Bukan ke bnyk keberkatan solat di masjid tu?  Satu demi satu persoalan timbul.. tapi kenapa dia berbuat sedemikian?

NI DOME OF THE ROCK! NOT AQSA mohon jgn salah faham.. Takut bila Israel merobohkan Masjid Aqsa yg sebenarnya kt umat Islam tak dpt membezakan 
Bukan saya sengaja ingin membangkitkan memori saya ketika berada di bumi Palestin itu.. Tapi apa yang cuba saya sampaikan sebenarnya mengapa Palestin masih terperangkap dan dibelenggu penjajah.. Sebenarnya jawapannya masih ada di tgn saudara-saudara Islam.. Allah takkan menolong hambaNya yang tidak ingin melakukan perubahan terhadap dirinya sendiri.. Begitu juga hal ini.. Selagi umat Islam tidak bersatu selagi itu lah Palestine tidak akan dpt memerdekakan negara mereka..  berbalik kpd situasi di atas sebenarnya apa yang ingin saya katakan.. Mcm mana rakyat Palestin dpt merdeka sekiranya masih ada parasit dlm kalangan mereka? Takkan org Palestin sanggup menjual barang I <3 Israel yg telah membunuh kaum keluarga mereka? Allah pasti akan membantu Islam sekiranya kita semua bersatu! ustz kamal ada ckp, agama lain takkan pernah bersatu! tapi dlm menentang Islam mereka akan bersatu! Itu merupakan janji Allah.. Bagaimana nak bersatu kalau saf dkt surau pun berlubang? Solat jumaat pun ada boleh terbahagi 2 mengikut parti? 

Pernah tak dgr kisah Umar Al Khattab check saf guna pedang? knp Umar strict sgt sedangkan check saf je pun.. CHECK SAF JE PUN??? di situlah kekurangannya.. dlm saf solat kt di hadapan Allah semuanya sama.. Allah tak tgk awk ni parti mana, kaya ke miskin, cantik ke hodoh.. Saf solat inilah yang menentukan perpaduan umat Islam.. sbb tu lahh kt ni kalau solat bahu ke bahu.. tak kisahlah awk ni jawatan tinggi mana pun bila di hadapan Allah kt semua sama.. Jadi rapatkan saf salah satu cara utk menyatukan Islam.. and ada jugak yg ckp bila kt mampu solat Subuh seramai kt solat Jumaat saat tu Israel akan hancur.. ni kt nak bangun subuh pun 5 minit lagi~  lagi 5 minit~ arghh katil ni dun wanna let me go~ mcm mana lak tu? hmmm :( lagi satu boycott! mungkin pada pandangan mata kt boycott brg2 Israel ni tak dpt bantu pun.. kalau tak dpt membantu @ least jgn menyumbang! dont be selfish! just because makanan diorg sedap kt tak boycott! igt dkt syurga nnt makan lah sepuas-puasnya! Masa Imam Muda dari Gaza dtg Uitm dia ckp dia sgt terkejut bila tgk sticker McD dkt kereta saudara Islam sendiri.. Dia ckp makan mknn yg support Israel ibarat mkn daging saudara Islam kt di Palestine...sepanjang jalan dkt jericho tu mmg bnyk advertisement coca-cola.. Sungguh makanan dan minuman mereka tu diorg sendiri tak makan! diorg bagi dkt org islam mcm salah satu strategi nak hancurkan umat Islam sendiri.. last but not least.. kt tak dpt bantu sekurang-kurangnya doakan mereka~ thats our weapon! doa! :D 
Thats it for now~ lets help our brothers and sisters in Gaza! :D Never lose hope on the power of dua! 








Saturday 10 November 2012

Doa As-Syahid Sayyid



“Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta jemu.

Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan surga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwahpada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. 

Kukuhkanlah Ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.”