Saturday 21 April 2012

Alhamdulillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Hamba bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau kurniakan. Tiba-tiba terdetik hati hambaMu yang tersangat hina ini membaca tentang kiamat. Tiba-tiba terdetik di hati aku sekiranya aku mati tanpa taubat, sekiranya aku mati tanpa sempat beribadat, sekiranya aku mati sebelum aku mendapat keredhaan kedua-dua ibu bapaku nescaya CELAKALAH AKU.. tidak sanggup aku dihumban ke dalam api neraka yang merupakan seburuk-buruk tempat, tapi aku tak layak berada di syurga yang merupakan tempat yang terbaik. Pernah aku terfikir aku takut akan peperiksaan iaitu peperiksaan di timbanganku di akhirat kelak. aku sering cakap aku tak mampu menanggung dugaanNya di dunia ini, apa yang akan jadi pada aku di akhirat nanti? Ya Allah buntunya aku, apa yang patut aku lakukan? Aku takutkan azabMu. tunjukkanlah hambaMu ini jalan yang benar, Amin... Aku dihidupkan di dunia ini untuk beribadah kepada Allah tapi banyak perkara yang Allah suruh aku tak buat tapi yang Allah larang banyak pulak yang aku buat. Ya Allah masih ada ke ruang kemaafan untuk diriku? Aku pasti Allah Maha Pengampun. Dengan ini aku tau satu-satunya pilihan aku ialah akur dengan perintah Allah dan ignore perasaan hati, aku tak sanggup ke neraka! Ya Allah hamba mohon petunjukMu, Amin.

Alhamdulillah Allah menyedarkan aku dengan kesilapanku, Allah masih memberikan aku masa, sekiranya masa itu tamat maka terputuslah segala hubungan aku dengan dunia kecuali tiga perkara sedekah jariah(cukup ke sedekahku?), ilmu yang bermanfaat (banyak mana ilmu yang bermanfaat telah aku gunakan?), dan doa anak-anak yang soleh ( i dont have this one). Alhamdulillah, dear brothers and sisters let us all dont waste the time Allah given to us lets start today itself Insyaallah (: it doesnt matter how we start the important part is how we end, May Allah guide us till Jannah Amin..

Aku naik saksi TIADA tuhan melainkan Allah

Jannah - May we all meet there
amin
Pray for me
Allah is the only one who knows my true colour

Guide us
AMIN (:

No comments:

Post a Comment