Wednesday 22 February 2012

Perindu Cinta Abadi...

i actually wanna tell stories but they wont hear sooo i think i'll post it here lahhh (:
Sebenarnya i just read a novel. i didnt finish it yet but yeahh so soon.. urmm yeah.
sebenarnya saya kagum dengan dia. Kalau lahh dia masih berada di atas muka bumi ini aku dengan rela hati ingin pergi berguru dengannya. katanya kejarlah akhirat nescaya dunia akan mengejarmu.. sekiranya dunia yang kamu idam hancurlah dunia dan akhiratmu... sering kali perasaan aku mencari-cari apa yang aku inginkan di atas muka bumi ini. selari dengan pembangunan zaman kita semua mencari peluang menuntut ilmu di menara gading dan akhirnya menjadi seorang profesional. tapi dalam hatiku selalu berbicara yang mana satu yang patut aku kejar? duniawi atau akhirat.. ternyata ayat dia atas mempunyai jawapannya. tetapi apabila aku ingin mengambil jalan tersebut hatiku masih berbisik nanti nak kerja apa? nak makan apa? mak mesti nak tengok anak berjaya dalam akademik :( jadi hatiku makin keliru.. ye rezeki datangnya dari Allah dan ternyata kita tidak boleh menyamakan diri kita dengan para alim ulama...alangkah indahnya dunia ini kalau seluruh hidupku dapat dihabiskan dengan mencari kemanisan iman...
perbezaannya kita dan beliau...

kita perempuan yang mengidamkan kasih sayang seorang lelaki.. kita perempuan yang ingin mencintai dan dicintai oleh insan lain yang akhirnya membawa ke gerbang perkahwinan.. kita perempuan yang terlalu banyak nafsunya.. kita perempuan yang mempunyai satu almari penuh dengan baju.. kita perempuan yang sering mengeluh apabila ditimpa ujian. kita perempuan yang seraing berputus asa.. kita perempuan yang tidur di atas tilam yang empuk dan bantal yang lembut dialas kain... rumah kita dipenuhi dengan permaidani mahal.. kita perempuan mulutnya dibasahi dengan gosip dan fitnah.. kita perempuan solat hanya pada badan namun hati dan roh kita melayang.. kita perempuan ingat rezeki itu datangnya dari usaha titik peluh kita sendiri... kita perempuan bersolat hanya kerana takutnya azab neraka dan hanya inginkan syurga... kita perempuan sentiasa puas dengan ibadah yang kita lakukan. itulah realiti kita..

realiti dirinya...
dilahirkan dalam keadaan yang sangat miskin hinggakan kain untuk menutupi badannya juga tiada.. menuntut ilmu dari kecil hingga lah besar.. apabila rakan-rakannya sibuk bermain dia sibuk mencari ilmu.. tidak pernah meminta malah malu untuk meminta.. nasibnya bagai jatuh ditimpa tangga.. apabila sudah kehilangan kedua-dua ibu bapa dia telah diculik dan terpisah dengan 3 orang kakaknya.. dijual sebagai hamba kepada keluarga yang sangat kejam.. sejahat-jahat orang yang melakukan kazaliman ke atas dirinya akhirnya bertaubat jua ke jalan Allah.. hebatnya dia walaupan usianya muda... selepas dimerdekakan dia menjadi seorang penashid yang sentiasa membawa manusia ke jalan Allah. tidak pernah berasa bangga sidikit pun di dalam hatinya walaupun dirinya dipenuhi ilmu.. malah dia turut menuntut ilmu dengan ulama terkenal sampai ulama itu menjadi muridnya kerana makamnya yang tinggi.. dia telah menunggang nafsunya sendiri... tidak ada yang dalam hatinya diberi kesempatan untuk keluar dan tidak ada yang di luar diberi kesempatan untuk masuk... dia mempunya beberapa helai baju yang sangat lusuh.. bibirnya sentiasa dibasahi zikrullah walaupun dalam keadaan tertidur.. hebatnya dia sehinggakan dia menghabiskan malamnya dengan Allah dan hanya terlena sebentar untuk berehat. Indahnya akhlaknya kerana segalanya diserahkan kepada Allah..dia tidur berbantalkan batu.. permaidaninya dijadikan daripada pelepah tamar yang sudah lama.. makanannya setiap hari hanya sekeping roti dan tenaga yang dikurniakan Allah.. khusyuknya dia dibawa sehingga ke luar solatnya... Indahnya dirinya itu kerana dia sangat mencintai Yang Maha Esa ---> Allah s.w.t. sehingga sangat rindukannya.. pinangan sang raja dan para alim ulama juga ditepisnya kerana dia hanya ingin kasih sayangnya diberikan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Esa.. impiannya hanya satu ingin menghabiskan masa bersama Yang Tercinta..

maafkan saya kerana sangat mencemburui keimanannya, saya masih mencari erti kehidupan ini...
Wahai Rabiatul Adawiyah, pencinta Allah sungguh hebatnya dirimu sehingga membuatku leka membaca kisah hidupmu.. Alangkah indahnya sekiranya satu hari nanti kita dipertemukan oleh Allah Yang Maha Kuasa.... Amin ~~

No comments:

Post a Comment