Friday 17 August 2012

Allah sentiasa disisiku


Dalam rawan kaulayan tangisan,

Dalam sepi kaubungkam sendirian,

Duhai sahabat,

Perasaanmu kumengerti,

Namun  percayalah,

Dirimu tidak pernah keseorangan,

Dia sentiasa menemani,

Tanpa pernah dikau sedari.



Biar hempedu mencari kalbu,

Biar dugaan datang beribu,

Pasakkanlah dalam dadamu,

Kau akan menjadi segagah Sumayyah,

Dalam menempuh ranjau berduri.

Ingatlah, Dia itu Maha Adil,

Ujian-Nya lambang sayang-Nya padamu,

Juga rahmat penghapus dosa,

Diuji dirimu sedemikian rupa,

Kerana Dia lebih mengetahui,

Yang kaumampu menghadapinya.

Mungkin di sebalik peritnya ranjau ujian-Nya,

Tersedia bertimpal-timpal ganjaran di syurga,

Berkat sabar kaumenghadapinya.

Duhai sahabat ukhti fillah,

Bangkitlah dari jatuhmu,

Melangkahlah dengan semangat baru,

Jangan lagi kaulayani tangisan itu,

Kerana yang lebih bermakna adalah redha-Nya,

Percayalah, dikau tidak pernah melangkah sendirian,

Doa kami sentiasa di sisimu,

Berjanjilah wahai teman,

Berjanjilah..



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

-Surah al-Baqarah ayat 216-



Kadang, Allah bukan tak beri tetapi lambat. Dan kalaupun Allah tak beri, percayalah Dia akan gantikan dengan yang lebih baik untuk kita.

sebab,

Allah tak beri apa yang kita mahu, tetapi apa yang kita perlu.


Always have faith in Him. Insya Allah everything will turn out just fine. :)
"Allah itu lebih dekat dari urat leher kita dan perhatian-Nya tidak pernah terputus walaupun sesaat. Sesungguhnya, Dia tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita kecuali menggantikan dengan yang lebih baik namun itu terjadi apabila kita redha dengan segala ketentuan yang telah ditakdirkan. "


taken from another bloggie~ thanks it touches my heart deeply (;

No comments:

Post a Comment